Tulisan Jawi
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu.
Tulisan Jawi (توليسن جاوي) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.



Sunday, May 31, 2009

FADHILAT SOLAT TARAWIKH

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIKH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya: · Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala). · Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. · Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini. · Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman. · Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S. · Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.. · Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu. Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim) Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib). Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4). Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah.. Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari) Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir) Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya. Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah 1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi. 2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih. 3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih. 4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu. Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini. SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

SEKILAS PANDANG TENTANG jQAF



KONSEP PROGRAM j-QAF

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan j-QAF menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:
Menguasai bacaan dan tulisan jawi
Khatam al-Quran
Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

1. Pemulihan Jawi
Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

2. Kepentingan Khatam al-Qur’an
al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

3. Kepentingan Bahasa Arab
Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

4. Kepentingan Fardhu Ain
Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat. Tambahan pula Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang dilaksanakan pada masa ini perlu dikaji dan disemak semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Oleh itu satu pendekatan baru perlu diperkenalkan bagi memantapkan perlaksanaan Fardhu Ain ini.

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF

Enam (6) model telah dikenalpasti akan dilaksanakan iaitu 5 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model pengajaran adalah seperti berikut:
1. model Kelas Pemulihan Jawi;
2. model Tasmik;
3. model 6 bulan Khatam al-Quran;
4. model Perluasan Bahasa Arab Kumunikasi;
5. model Bestari Solat.

Bagi aktiviti-aktiviti pengukuhan pula yang telah dikenalpasti akan dilaksanakan adalah model-model berikut:
1. Kelab Seni Tulisan Jawi;
2. Kem Bina Juara;
3. Majlis Khatam al-Quran;
4. Kem Literasi al-Quran; dan
5. Pertandingan Bahasa Arab.

MODEL-MODEL j-QAF

1. Model Kelas Pemulihan Jawi

Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

2. Model Khatam Al-Quran

Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.
Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran.
Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.

3. Model Bahasa Arab

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.

Janji Guru

Hidup seorang guru sungguh bahagia
Terkenang jasa diluput tidak
Tapi pena orang luar
Bila berbicara soal guru
Aku menjawab tenang
Orang kata guru itu payah
Siang pergi malam kerja
Aku kata guru itu mudah
Siang bergaji malam bahagia
Pagi tak pernah rugi
Malam tidurpun selesa
Orang kata guru itu penat
Gaji tak seberapa kerja berlambak
Aku kata guru itu rehat
Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat
Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat
Ilmu yang dicurah tak dapat disekat
Makin dicurah makin mendekat
Orang kata guru itu sungguh bosan
Setiap tahun muka sama setiap bulan
Aku kata guru itu sungguh riang
Sekali berkata murid ketawa girang
Bila berjaya murid terus menjulang
Jasa bakti tak pernah hilang
Orang kata guru itu sepi
Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni
Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi
Aku kata guru itu "happy"
Jasa bakti dipercayai
Masuk kedalam hutan untuk berbakti
Pada bangsa anak pertiwi
Agak kelak menabur bakti
Setelah keluar dari IPT
Orang kata guru itu susah
Orang berkereta mewah berbatunya rumah
Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena
Aku kata guru itu senang
Kereta tak ada tak bayar hutang
Rumah sederhana berhati tenang
Tidur lena pencuri tak datang
Tak dapat pindah bukan penghalang
Menerus hidup seorang pejuang
Orang kata apa boleh dikata
Kalau hati sudah dimahkota
Janji guru janji dikota
Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta
Jangan takut bila dikata
Janji kita harus dikota
Luput tidak diingat dikata.

ASAL USUL PENULISAN JAWI
















PEMULIHAN JAWI

PENDAHULUAN

Program Pemulihan Jawi adalah satu usaha mengatasi masalah keciciran pembelajaran dan kemahiran murid dalam tulisan jawi. Ia diajar oleh guru yang dilatih khas di bawah program j-QAF. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mengikut modul jawi yang disediakan oleh JAPIM. Kelas pemulihan ini dijalankan serentak dengan jadual waktu matapelajaran jawi di sekolah.

MATLAMAT

Matlamat matapelajaran pemulihan jawi adalah untuk membolehkan murid-murid yang ketinggalan jawi dipulihkan dan menyertai murid-murid lain di kelas jawi biasa.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti kelas pemulihan jawi murid dapat :-
-Mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi tunggal
- Mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi bersambung
-Mengenal, membaca dan menulis suku kata terbuka
-Mengenal, membaca dan menulis suku kata tertutup
- Membaca dan menulis rangkaikata dan ayat
-Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman
-Mengenal, membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek
-Mengenal dan menggunakan tanda baca
-Membaca dan menulis pelbagai jenis teks mudah daripada pelbagai bahan
- Mengenal dan meniru seni khat

MODEL KHATAM AL-QURAN KE SEKOLAH MENENGAH SATU PANDANGAN

Al-Quran adalah kalam Allah S.W.T barang sesiapa yang membacanya nescaya akan memperolehi ganjaran pahala. Apatah lagi bagi mereka yang menjadi murabbi atau tok guru Al Quran sudah pasti berlipat ganda pahalanya. Bukan semua ustaz dan ustazah boleh jadi tok guru Al Quran, kalau dahulunya (sebelum wujudnya program jQAF) di dalam kelas hanya ditekankan ayat-ayat kefahaman dan juga hafazan sahaja tetapi kini ustaz ustazah di kehendaki mengajar sampai khatam Al Quran, alangkah indahnya system pendidikan hari ini kerana ingin memartabatkan dan memperkasakan pendidikan Islam. Sekiranya kita masih diulik mimpi kerana sedapnya tidur dalam lena dan malas bangun untuk meletakkan kehebatan diri pada masyarakat umum sudah tentu semua orang akan menuding jari ke arah kita di atas semua kegagalan yang dirancang.Usaha untuk meneruskan pendidikan Al Quran di sekolah menengah adalah satu usaha yang amat baik. Sedar atau tidak, kita hari ini hanya menekan kaedah menjawab soalan hanya menumpukan peperiksaan semata-mata. Suasana ini pernah saya lalui ketika saya berada dibangku sekolah suatu ketika dahulu sebagai seorang murid. Peperiksaan penting Al Quran lagi penting. Ibu bapa tidak merasa gusar sekiranya anaknya tidak mampu untuk membaca AlQuran. Akan tetapi sekiranya tidak memperolehi keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan akan merasakan sebaliknya. Mungkin apabila kehadiran Khatam AlQuran ini akan mengganggu peperiksaan seperti PMR,SPM dan sebagainya. Adakah kita setuju dengan kenyataan ini?Saya teringat persoalan dan kata-kata Ustaz Ismail B Noh pensyarah IPDA semasa saya menghadiri kursus LPBS jQAF pada tahun 2005. Dia mempersoalkan apakah yang kamu semua faham tentang Al Quran dan disiplin Al Quran, macam macam jawapan yang diberikan. Apabila beliau mengatakan hari ini orang sudah tidak memperdulikan Al Quran,tiba-tiba air matanya bergenang didalam kelopak matanya sunyi seketika dewan zaaba. Sambung beliau masyarakat sudah tidak displin dengan Al Quran, belajar Al Quran hanya pada umur 12 tahun kebawah sahaja apabila masuk ke sekolah menengah,university dan juga di alam pekerjaan AlQuran sudah tidak dipelajari lagi. Adakah kita displin dengan AlQuran. Beliau juga menceritakan bagaimana beliau menerima sanad AlQuran dengan sheikh Al Azhar dan Al Quran tersebut beliau tidak akan berikan kepada sesiapa hatta anaknya sendiri kecuali berguru dengannya. Terkedu saya mendengar kata-kata Us Ismail, reality ini lah yang berlaku pada kita semua agaknya. Sekali lagi saya tegaskan amat baik pendidikan Al Quran atau kita sebut khatam Al Quran di teruskan di sekolah menengah bagi memelihara disiplin Al Quran dan memastikan semua pelajar muslim celik AlQuran.Disiplin Quran ini saya cuba nak aplikasikan di sekolah tetapi semua orang tidak setuju dengan alasan masa tidak mencukupi. Dalam mesyuarat saya cadangkan jadual waktu tidak di anjalkan atau tidak berkembar. Sekiranya 4 waktu untuk AlQuran tidak dianjalkan maka kita dapat berjumpa dengan murid tersebut selama 4 hari untuk Al Quran. Budak tidak akan lupa sebab kita bertemu mereka setiap hari kecuali 1 hari untuk jawi atau Ulum. Kita dulu pun belajar AlQuran di kampung seminggu 5 kali. Bacaan AlQuran yang telah ditetapkan oleh kementerian adalah bertepatan kerana dalam satu minggu keseluruhannya ada 4 muka surat dan 6 muka surat. Ini bermakna sekiranya masa tidak dianjalkan satu masa hanya satu atau dua muka surat tetapi kalu masa dianjalkan maka setiap pertemuan hendaklah baca 2 hingga 3 muka surat. Budak tidak mampu untuk ikut membaca 4 muka surat sekaligus. Pada saya masa tidak pernah cukup untuk kita. Jika kita melihat system yang ada di SRIDA setiap pagi mesti subjek Al Quran macam kita disekolah setiap pagi mesti pendidikan jasmani. Apakah menjadi kesalahan jika kita membaca Al Quran setiap hari di sekolah. Masalah sekarang nak letakan waktu penddikan Islam di awal waktu pun susah, yang paling sedih di letakan di waktu akhir pnp maka bergegas guru-guru jQAF untuk melaksanakan kelas Tasmek diluar jadual waktu. Manakala guru-guru lain bergegas menuju ke kenderaan masing-masing. Semua ini tidak menjadi masalah kerana ini adalah kewajipan dan perjanjian yang dibuat semasa memohon untukmenjadi seorang guru pendidikan Islam jQAF suatu ketika dahulu. Apa yang pasti kita bangga dengan murid kita apabila mereka dapat membaca AlQuran.Adakah kita sedar setiap murid yang mampu membaca AlQuran hasil daripada penat jerih kita di sekolah ataupun kita hanya melukut ditepi gantang dengan kita hanya meneruskan hasil usaha orang lain. Sekiranya murid tersebut tidak mampu untuk membaca, perkataan ini selalu diungkapkan, “budak ni balik rumah tak mengaji Quran langsung.” Bagi saya semua ini tidak penting yang penting semua umat Islam mampu membaca dan Khatam AlQuran. Sikap membangga diri dan menuding jari kearah orang lain didalam menjayakan sesuatu program sudah lama ditelan zaman. sebaliknya kita perlu bangun mengatur strategi untuk melahirkan generasi AlQuran.Sekiranya model khatam AlQuran hanya di sekolah rendah sahaja saya amat bimbang pelajar akan lupa AlQuran dan yang paling membimbangkan ialah pelajar sudah tidak tahu membaca AlQuran kerana mereka belajar AlQuran dengan menggunakan kaedah Iqra (baca terus) berbeza dengan kaedah Baghdadi perlu mengeja terlebih dahulu. Seandainya usaha ini di teruskan ke sekolah menengah maka kesinambungan dan disiplin AlQuran terus terpelihara. Begitu juga dengan pelajar yang masih tidak dapat membaca AlQuran mungkin mereka dapat dipulihkan pada peringkat sekolah menengah. Kita juga harus sedar bahawa tidak semua benda diatas dunia ini boleh dilaksanakan secara segera, perlu step by step dan jangan gelojoh tetapi perlu ada target. Adalah satu usaha yang sia-sia setelah diusahakan sekian lama di peringkat sekolah rendah dengan memerah keringat yang ada akhirnya terkubur begitu sahaja. Sekolah menengah yang ada kelas aliran agama hanya mengambil pelajar yang cemerlang dan menguasai AlQuran bagaimana pula dengan pelajar yang kurang cemerlang dan tidak dapat menguasai AlQuran ? adakah dibiarkan begitu sahaja?. Maka sia-sia lah usaha kita selama ini. Perkara ini yang perlu difikirkan dan saya percaya semua orang memikirkannya apatah lagi dikalangan pegawai atasan.Oleh itu pemikiran positif perlu terkehadapan memikirkan sesuatu kemungkinan yang akan berlaku mudah-mudahan tiada yang akan jadi mangsa dan pemangsa ,tiada yang teraniaya dan tiada yang menganiaya. Mudah-mudahan tiada kalam yang kurang sedap di dengar seperti model khatam AlQuran ini menyusahkan mereka yang berada di zon selesa. Semoga kita dapat memperkasakan pendidikan Islam dan memartabatkannya dimata dunia.

TASMIK DULU KINI DAN SELAMANYA
Perlaksanaan tasmek di sekolah-sekolah yang menjalankan program jQAF telah masuk tahun yang ke lima. Namun demikian konsep perlaksanaannya masih kabur dikalangan pihak pengurusan dan juga dikalangan guru-guru pendidikan Islam bahkan guru-guru jqaf sendiri. Merujuk kepada pekeliling bil 13 /2004 perkara 3.3guru jqaf bertanggungjawab melaksanakan model tasmek. Pihak sekolah boleh melantik guru Pendidikan Islam dan guru mata pelajaran lain yang berkebolehan dan sesuai untuk menjadi pembimbing dalam melaksanakan model ini apabila di perlukan. Akan tetapi yang kurang sedap pihak pengurusan mengarahkan guru jqaf menyediakan jadual dan memberi kepada guru Pendidikan Islam, seolah-olah guru jqaf yang mengarah dan mengatur GPI dan menyebabkan perselisihan faham orang baru mengarahkan orang lama dan menyusahkan mereka. Sekiranya guru JQAF menyuarakan persoalan ini kepada pengurusan sekolah maka guru tersebut akan di band oleh pihak pengurusan dan ini akan melibatkan prestasi guru akan down. Inilah yang menjadi persoalan dikalangan pelaksana .
Ketidakhadiran pebimbing tasmek didalam mana-mana mesyuarat samada mesyuarat staff,PIBG, rumah sukan dan panitia akan menimbulkan cakap-cakap belakang dikalangan rakan guru dan memperkudakan mereka yang tidak hadir mesyuarat dengan terpaksa menerima semua keputusan yang telah di putuskan dalam mesyuarat. Mesyuarat perlu dijalankan Tasmek mesti dilaksanakan.
Amat sukar untuk memahamkan mereka yang tidak ingin memahami konsep program jqaf ini. Sepanjang pemerhatian saya boleh dikatakan majority guru tidak suka balik lambat. Oleh itu susah untuk orang menolong kita apabila di luar waktu pnp. Sekiranya ia berlaku didalam waktu pnp saya merasakan semua orang mahu membantu dengan syarat mereka berada di zon selesa iaitu pulang seperti biasa loceng1:15 bergegas mencari kenderaan masing-masing, tetapi ianya adalah bersalahan dengan dasar dan konsep perlaksanaan.
Sepanjang pengetahuan saya ,ada sesetengah sekolah melaksana tasmek didalam jadual waktu pnp biasa. Kekurangan guru dan lambakan murid menjadi masalah utama terutama bagi sekolah yang menjalankan persekolahan 2 seisi. Masalah yang paling besar apabila bahasa arab juga di letakan diluar jadual waktu yang menyebabkan guru BA jqaf tidak dapat sama-sama untuk tasmek. Penglibatan Guru Pendidikan Islam (GPI) didalam tasmek sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah yang timbul akan tetapi apabila mereka perlu hadir ke kelas tasmek setiap hari ini menjadi masalah bagi mereka kerana sebelum ini mereka berada di zon selesa.
Guru- guru PPSMI yang diberi elaun tambahan tidak perlu balik lewat sedangkan GPI tiada elaun tambahan dibebani dengan pelbagai tugas. Bunyi sebegini pernah kedengaran suatu ketika dahulu dengan membandingbezakan dengan orang lain dan perbezaan DG guru jqaf dan GPI Saya memahami keadaan yang dihadapi, tanggungjawab keluarga dan juga tanggungjawab sebagai pendidik. Saya setuju dengan pendapat akhimizi didalam blognya kita tidak boleh lakukan kerja dalam keadaan tetekan.sekiranya ini terjadi maka akan memberi kesan kepada anak-anak didik. Difahamkan juga ada GPI yang sanggup tasmek setiap hari Alhamdulillah bahagia sekolah tersebut dan diharapkan jgn la pula guru jqaf menjadi mandom dan pemalas pula. Ada juga GPI tidak masuk tasmek tetapi balik lewat dan sanggup duduk saja dalam bilik guru, pening semua ini bila dengar macam-macam cerita .
Seperkara lagi apabila murid tidak hadir kelas tasmek dengan alasan mahu ke kelas tuisyen atau kelas AlQuran berbayar khusus bagi sekolah dalam bandar kerana mereka lebih selesa dengan kelas tambahan di luar sekolah sebagai contoh ada sebuah pusat pengajian Al Quran di Bandar Alor setar sangat strait berpegang kepada peraturan yang telah di tetapkan sebelum pukul 3 petang murid-murid mesti berada di kawasan pusat pengajian tersebut. Maka waris datang jumpa guru jqaf sendiri menyatakan persoalan demikian. Susah juga nak selesaikan semua ini.
Macamana pula tahun hadapan semua murid jqaf akan menduduki peperiksaan UPSR kelas tasmek atau kelas tuisyen menjadi pilihan utama. Begitu juga dengan aktiviti Ko Kurikulum sehingga sehari suntuk murid dan guru berada di sekolah. Kadang-kadang ada waris menyungut kesian anak mereka terlalu letih sehari suntuk berada di sekolah lepas tasmek terus masuk kelas KAFA malam pula terus tidur kekadang tak sempat menyiapkan kerja rumah. Pada saya inilah sikap orang kita yang manjakan anak yang akhirnya menimbulkan masalah pada keluarga. Kita melihat sikap orang cina pergi ke sekolah gelap pulang pun gelap ditambah pula dengan membawa bermacam-macam bekal yang telah di tapau.
Dalam mengaharungi liku-liku sebagai pendidik ini lah yang perlu ditempuhi.Ketaqwaan kesabaran kerdhoan keikhlasan menjadi tunjang perjuangan. Saya menulis ini bukan luahan perasaan tetapi hanya untuk menyampaikan apa saya terima daripada rakan jqaf yang lain untuk menjadi renungan kita bersama. Mudah-mudah kita dapat mencambahkan idea demi untuk menambahbaikan program jqaf model tasmek ini. Tiada niat untuk mencari kesalahan dan memburukan sesiapa hanya merungkai permasalahan yang timbul.

SEJARAH TULISAN JAWI


SEJARAH

Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.
Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Saturday, May 30, 2009

Penulisan Jawi Terkini

penulisan jawi terkini 2009